Kad KVKV I (Gambar Berwarna)

Melalui pendekatan fonetik, murid-murid prasekolah dilatih untuk mengecam bunyi hasil gabungan konsonan dengan vokal secara berperingkat-peringkat. Teknik-teknik ini mudah didapati dalam pelbagai jenis buku dan modul prasekolah di pasaran.

Kaedah ini menggantikan kaedah konvensional iaitu murid-murid mengeja dahulu yang mana prosesnya agak panjang kerana mereka kena sebut huruf bagi setiap sukukata sebelum mencantum sukukata-sukuata yang membentuk perkataan. Jadi melalui kaedah fonetik ini kanak-kanak sebut dan cantum bukan lagi eja-sebut, eja-sebut baru cantum.

Sebelum mempraktikkan kaedah fonetik kepada murid-murid sudah pastinya mereka mesti dibiasakan dengan bunyi bunyi yang terbentuk dari setiap gabungan huruf-huruf konsonan dengan huruf-huruf vokal yang berbeza.

Saya lebih senang untuk mengajar murid-murid saya bermula dengan vokal a, i dan u terlebih dahulu kerana sukukata ini paling kerap digunakan dalam perkataan-perkataan Bahasa Malaysia. kemudian barulah diikuti dengan vokal o dan e. Walau bagaimanapun saya percaya setiap guru-guru khasnya guru-guru prasekolah mempunyai cara dan teknik yang berbeza yang diguna pakai di dalam kelas masing-masing.



Entry kali ini disertakan dengan 32 kad perkataan KVKV bergambar untuk manfaat bersama. Kad ini boleh digunakan sebagai bahan ABM atau bahan tampalan di dinding. Fail PDF ini boleh dimuat turun secara percuma dan bebas dari sebarang watermark. Semoga mendapat manfaat darinya. Sebarang pandangan sangat dialu-aluk



0 comments:

 

Flickr Photostream

Twitter Updates

Meet The Author